Minggu, 16 Agustus 2009

AKU NAK JADI PEMIMPIN DAN YB UNTUK MAJUKAN KAWASAN SAYA : SATU REALITI ATAU KEPALSUAN?

Kusai Tandek tergerak melontarkan hujah mengatakan bahawa "Aku Mahu Jadi YB untuk Majukan Kawasan Saya". Adakah ini satu realiti atau kepalsuan. Bukan apa hasil pembacaan buku-buku politik lama, sentiasa ada komen-komen dari pembangkang yang mengatakan bahwa YB itu tidak membawa pembangunan dan kemajuan kawasan yang diwakili. 1. YB itu perlu ditukar sebab dia bukan penduduk sejati kawasan itu 2. YB itu hanya penting diri sendiri. 3.YB itu hanya membantu kroninya sahaja dan kawasan yang diwakilinya terus mundur/miskin 4. YB itu ndak pandai buat kerja. semua kenyatan ini juga tidak terkecuali berkumandang dikawasan saya.
Tetapi yang menghairankan ialah empat ungkapan diatas seringkali diperkatakan puluhan tahun yang lalu. Ia diucapkan banyak kali terutamanya menjelang pilihanraya. ini bererti kata-kata pemimpin baru itupun ada memakan diri sendiri. Adakah empat ungkapan diatas sekadar dijadikan batu loncatan untuk mempromosikan diri dan seterusnya dipilih YB yang baru dikawasan tersebut? Atau adakah empat ungkapan ini masih lagi berbisa untuk dijadikan umpan melenyapkan pengaruh YB lama? Mungkinkah ini lah cara terakhir untuk menonjolkan diri pemimpin baru walhal pemimpin lama masih lagi yang terbaik? sejauh mana ungkapan ini menjadi igauan YB lama? Inilah persoalan-persoalan yang ingin dibongkarkan oleh Kusai Tandek.(conten ini diambil dari blogny a kusai malaysia)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar